Peranan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukan sahaja melahirkan penuntut cemerlang tetapi juga mewujudkan modal insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Di dalam kampus PMS, pelbagai kegiatan berfaedah telah pun dilakukan samada aktiviti rekreasi, bersukan dan berdakwah.
Bagaimanapun penekanan pada unsur-unsur kerohanian juga diberi keutamaan supaya para penuntut tidak mengabaikan tuntutan agama selain memberi tumpuan terhadap pengajian masing-masing. Pihak Politeknik Muadzam Shah (PMS) juga mempunyai cara yang tersendiri dalam membentuk sahsiah diri para penuntutnya supaya ianya dapat mengimbangi tuntutan agama dan duniawi.
PMS merupakan wadah utama dalam melahirkan modal insan berintelektual dan berkemahiran dalam bidang teknologi. Pembinaan bangunan Pusat Islam dan masjid di dalam kampus PMS ini menjadi wadah dalam menjalankan kegiatan berbentuk aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.
Bangunan Pusat Islam PMS ini banyak memberi keselesaan kepada seluruh warga kampus untuk menunaikan solat disamping mengikuti pelbagai aktiviti keagamaan seperti kelas tajwid, tarranum Al-Quran, kuliah mingguan, program celik Al-Quran dan sebagainya. Semoga program-program seumpama ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar dan seluruh warga PMS.
No comments:
Post a Comment